Powered By Blogger

Sunday, 6 March 2016

Kejadian LARI balik Kedah..


Assalamualaikum 

Al kisahnya bermula selepas qila dengan kawan baik qila (Arinah) berpakat nak lari balik kampung sat..kot mana jadi pun memang nak balik jugak, sanggup lagi guna surat pelepasan ko-k sebab nak balik..Tapi last-2 minit dapat taw ko-k xda..memang cun la plan kitorang..

Ni lah kawan Qila namanya Arinah :)



Pagi jumaat tu memang ada kuliah PPK312 (masalah pendengaran), jadi tak apalah kami pi kuliah dulu sebab menuntut ilmu kan wajib, lepas kuliah habis pukul 10 tu pi cafe makan sesiap..takut tak sempat makan gamaknyaa dalam feri nanti..haha
Lepas dah makan, berlari-2 pulak p bilik microteaching nak cabut undi giliran presentation..Tutor hari tu sat sangat sebab cabut undi ja kan..so ada lagi masa nak berehat sebelum cobaan berlari bermula sebentar lagi.. -_-

Dah habis tutor kami pun balik sarang (bilik) kami smula..
Sampai kat jejantas, Lela pun bersuara
Lela : kamu ndak mau makan ka?
Kami : tak mau la dah kenyang tadi makan cucoq..
Lela : Kamu lama tuh nanti dalam feri,lpar tu nanti..
Kami : (berfikir)
Lela : aku kesian kan kamu nanti lama dalam feri
Kami : ok lela jom pi cafe bungkus makan.. :p

Dah beli makanan pastu makan la kan tak kan aku nak lempar pulak..aishh haha
Siap makan lari masuk bilik kemas beg (pimpin siswa) sebab arinah cakap akak student cab tu nak mai ambik pkul 1.15, jadi kami decide turun pukul 1..

Bukak almari tarik ja baju yang mana sempat..tak tengok dah aihh ambik baju apa..pakai bubuh ja..aaa tu nampak dak kalau balik kg semangat len maciamm..
letak laptop apa semua (konon la nak wt keja kat umah tapi hakikatnya taw dah takkan wat)..memang aku suka hangkut benda berat-2 atas bahu nie.. :p

Dah siap-2 tu tengok jam pukul 1 dah..terus cepat-2 pi bilik arinah dan kami pun berlari turun ke pondok pak guard (ayat tak leh blahh oii)..pi laa dua orang insan nie tnggu bawah pokok kt depan pondok JK sambil melilau student cab yang kami ambik tu..
Tunggu punya tunggu tak jugak muncul..aku pun suruh arinah whssap kak tu tanya dia ada kat mana..

Haahha rupa-rupanya akak tu dah lama tunggu kami kat parking luar depan gate RST.. sek baik aku suh tanya kalau x pkai mereput kak tu dok tengah panas..mintak maaf ye kak..naik kereta tu kak tu pun jalan tapi aku pelik pulak kenapa dia bawak ikut jalan nk p tesco sungai dua..aku pun cuit-cuit arinah suh tanya betul ka nak p terminal feri kot nie? kak tu pun cakap betul..kus semangat ingat salah jalan dah..

Masuk ja lorong georgetown kak tu start pecut kereta dia..laju oii kecut perut aku nie dok belakang..memang dia pecut sungguh-2 la tak slow down dah..terhuyung hayang aku dibuatnya..hahaha..arinah aku tengok steady habis..aku dalam hati mengucap panjang..
Dok dalam kereta sembang jugak laa kang tak sembang dicop sombong pulekk..-_-

Aku pendekkan cerita lahh ehh ponat nak type berjela..

Dah sampai kt terminal tu satu hal pulak cari lorong nak p naik feri kot mana pulak..aisehh wat lawak pulak tengah hari rembang nie..tu lah pasal dok usm dekat setahun dah naik feri baru dua kali..
Bila dah jumpa lorong tu kami pun p la isi kredit dulu jadi apa-2 senang nanti nak contact..Tunggu feri sat ja time tu pastu terus naik.. Allah mudahkan sungguh urusan kami hari tu..

Dah dok atas feri aktiviti selpie pun start lah kan..prupp prapp prupp prapp ambik gamba namratus keping, baru aku tanya arinah.. " rinah feri nie tak jalan ka bila nak sampai lagu nie " arinah pun jawab " aishh dari tadi lagi jalan " 
Wt lawak sungguh hang nohh mek qilah..pastu tanya lagi " awat aku tengok feri nie macam dok hundoq balik ja " -___-

Lebih kurang setengah jam dalam feri sampai la terminal bas butterworth..Jalan punya jauh naik tangga bagai..macam nak tercabut dah bahu aku nie beg berat..
Sampai kaunter tiket beli tiket ke sungai petani..pastu elok jalan berapa langkah terus tanya, kak bas nak p sp dk platform berapa?? angkat-2 muka aku salah tanya kaunter..gosh (memang aku suka wat malu) 

Dah taw platform bapa tu kami pun pi la nek bas..dok tak dan bapa minit bas dah jalan..sekali lagi rasa Allah betul-2 mudahkan urusan kami..Nie lagi satu bawak bas lajuu banget pastu brek kejut-2..aku nak tidoq pun tak senang..yang Arinah nie tidoq steady ja sampai sempat laa aku curi gambaq dia tidoq 8 keping..haha padan muka sebab aku jeles tengok dia tidoq..

Sejam camtu dah sampai SP.. abah dah tunggu nak ambik kami..dalam kereta otw nak balik Sik aku dengan arinah keja tidoq ja..aku tidoq sambil peluk ayaq kotak..haha :p
sampai-2 sik tengok ayaq kotak dah kat bawah tumpah habis..haha ampun abah..
Dah hantar arinah aku pun terus balik..

Sampai-2 ja rumah..ada LAKSA.. waahhh mak memang the best lahh..sayang mak ketat-2..

ok lahh bhaii dah lenguh tangan type entry type whssp lagi dengan orang jauh nun di sana..selamat malam semua.. <3

Monday, 7 December 2015

Kejadian TEROBEK !


Assalamualaikum...


Tudiaaa lamanya tak jenguk belog nie..bersawang habis aihh..dah lama tak type entry baru..nak tau pasaipa?? pasai ceq lupa password..hahaa..
almaklum laa umuq pun dah duaplohsatu..tua dah nak oii..

Hmm, oleh sebab ari nie dah jumpa pasword yang qila tulis dekat secebis kertas bungkusan nasi lemak lama, jari ini pun tergedik-2 nak menari-2 atas keyboard.. So, hari nie nak terobek cerita-2 lama ja..

Entry kali nie nak kongsi pasai pengalaman ber"camping" Minggu Semarak Semangat BSMMUSM..

Selepas seminggu mid sem break, BSMMUSM telah mengadakan kem yang diberi nama Minggu Semarak Semangat bagi ahli-2 nya..pada mulanya, macam-2 jugak la aku kutuk sebab tak puas cuti kan..tapi, tapi ,tapi, bila dah 3hari 2malam bercamping seronok lahh pulak.. gituu :)

JUMAAT  (13/11/2015)

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta..Sepatutnya pendaftaran peserta start pkul 7-8 pagi (kalau tak silap sebab dah tak ingat), tapi macam biasa bangun subuh pastu tidoq balik then pkul 7.15 baru bangun mandi dan bersiap..
Dah taw lewat boleh lagi tergedik-2 bersiap lambat-2..pastu elok pukul 8 lebih membe call, apa lagi pecut laa naik jejantas.. (memang suka lari pecut pagi-2 atas jejantas) hahaha.. 
Dah sampai Dewan Utama Pelajar (DUP), pegi la kat meja pendaftaran then mtexco pun tanya kenapa lambat?? pastu jawab "mintak maaf semalam p makan kat Ivory, pagi nie sakit perut" [tipu sunat] :)
Pastu dah tick nama semua masuk laa dalam dewan denga taklimat serba sedikit untuk pembahagian khemah.. Bila dah selesai pembahagian group khemah, aktiviti mendirikan khemah pun berlangsung..[aisehh ayat LKM400]..Qila duk khemah sekali budak sainsPend dan sorang lagi Social work kalau tak silap..Alhamdulillah diorang sangat ok boleh laa masuk kepala..
Lepas solat jumaat, kitorang ada sesi ice breaking bersama ahli-2 kumpulan..macam-2 permainan best diorang wt tapi Qila dah tak ingat nama permainan tu semua..
Apa yang pasti group qila [GROUP 6] memang havoc.. tupp tapp tupp tapp..shhhh [tagline group kitorang] haha apak rare punya tagline ambik sempena bunyi selipar jepun..ko ade??

Hmm sebenarnya dah banyak lupa flow aktiviti hari jumaat nie..sebab lama sangat kejadian nie qila wt pekasam dalam kepala.. xpa kita teruskan aktiviti hari sabtu pulak..




SABTU (14/11/2015)

Aktiviti hari sabtu nie yang paling ditunggu-2 oleh semua peserta camp..sebab apa?? haa sat nak ceqita..
Pagi sabtu nie kitorang ada senamrobik yang di"conduct" oleh mtexco dan ajk aktiviti..
Seriuss best senamrobik dia, sebab dia wat pergerakan yang lain dari yang lain..selalunya senamrobik asyik step yang sama ja kan??tapi diorang nie lain wat step yang best n lagu pun apakk best.. bagi 5 bintang lah (*****)..
Lepas dah keluar peluh senamrobik tadi, kitorang ada aktiviti Mass Cooking lawan antara vad6, vad7, dan vad9..
So semua ahli group memberikan komitmen yang padu lagi memberangsangkan untuk menjayakan mass cooking vad masing-2 [LKM 400 lagik = =']..
Lepas siap prepare bahan-2 yang nak masak, kami pun mula la masak ikut bahan yang disediakan..Menu kami (VAD9) pada hari tu adalah Nasi goreng Sardin..sedaapp yakmat..
Presentation nasi pun cantik letak dalam kulit tembikai..tapi apakan daya rezeki untuk menang bukan memihak untuk kami..
Lepas dah kenyang makan masakan sendiri, kami pun siap-2 untuk wat aktiviti di Taman Negara Teluk Bahang..segala aktiviti diadakan di Monkey Beach..
Oke dah malas nak taip banyak-2..tengok gambaq jala nahh..


















sumpah tak tipu..memang best sangat aktiviti kat monkey beach nie..walaupun penat hiking, bila dah tengok laut ciptaan Allah, terus rasa penat tu hilang..Allahu indah sungguh ciptaanMu tiada tandingan..

AHAD (15/11/2015)

Hari yang terakhir nie xda apa sangat yang menarik..hanya pertandingan kawad kaki bagi ahli level 100 dan pertandingan ppc bagi ahli level 200..
hari nie jugak yang ditunggu-2 sebab dah rindu katil kat desa masing-2..
oke malas dah nak type panjang-2..jari cramp..haha :p



Begitulah serba sedikit perkongsian mengenai kejadian TEROBEK.. kbhaii uoolss katil dah memanggil..

Sunday, 24 May 2015

Annual Grand Dinner

Assalamualaikum ^_^


Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih panjangkan usia kita semua. Allah masih lagi berikan nikmat kepada kita semua..
Sebelum tu jom kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah rakan Qila Mohd Eizrul Fahisyam.. Tiba-2 terasa rindu akan arwah.. :'(

Okay, hari nie Qila nak update entry pasal dinner BSMMUSM..sebelum Qila simpan gambaq-2 yang comel-2 tu berkepam lama baek Qila update awal-2..ihikk :p

Malam 22/5/2015 baru-2 ni BSMMUSM telah menganjurkan malam mesra bersama ahli level 100 dan level 200.. Malam mesra nie diadakan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim antara ahli-2 persatuan.. (dah kenapa ayat karangan pulak ) = ='

Pada malam tu ramai lah yang pakai cantik-2 kiut miut semua termasuklah diri beta yang semestinya kiut nie.. (ok muntah hijau)..Dengan bertemakan Modern Ellegant dan Glamorous semua ahli BSM malam tu telah memakai pkai mengikut tema.. nasib baik tak buat tema pkai Full-U kalau tak memang Qila tak p..wakaka 


Kitorang gerak ke Hotel Georgetown City dalam pukul 5.30 petang dan sampai di tempat kejadian pada pkul 6.15 petang.. Kejap ja kan..dekat ja dengan USM.. Qila jalan kaki ja p hotel malam tu (ok tipu).. Geng cubemates Qila siap bawak hanger-2 bagai sangkut baju dinner..haha..Dah tu naik bas duduk paling belakang dengan motif nak sangkut baju..haha :p
Bila bas dah jalan tu baru tau seksanya duduk paling belakang,ambik kau padan muka siap boleh lompat-2.. Cepat-2 ubah duduk kerusi depan sikit.. takut muntah katanya.. :p tu laa tadi belagak sangat nak duduk paling belakang..

Bila dah sampai hotel, kitorang pun p la tukar baju dinner then make-up sikit..aisehh Qila make-up??..tak laa Qila letak bedak mak bedah pakai jek pastu calit lipstik mak jemah sikit..pastu terus cantik..haha :p Arinah tak payah cakap la cantik kau dah la muka terlebih manis..Yaya pun cantik sebab pipi terlebih isipadu..Lela yang kiut miut pun cantik sebab semakin boolat..Tasya lagi lahh macam datin, Allah cantik sangat.. sape lagi Qila tak sebut ?? aaa anak mak sorang nie lagi laa comel..Eka yang tersayang sampai nak pakai tudung pun suh Qila yang pakaikan..aishh manja sangat..Syamrie dah macam retis..banyak sponsor pulak tu..lagi sorang kawan Qila, Jannah nie memang dah cantik..kau bagilah bedak mak senah ke lipstik mak gayah ke memang dia still cantik..
Dah tengok diorang semua cantik-2, Qila duduk la belakang langsir sorang-2 sebab Qila sorang ja tak sekiut diorang..hahah

Lepas sesi pendaftaran dan perasmian, mula lah sesi merewardkan perut masing-masing.. makanan dia Ya Allah nangis belakang pintu hotel..sedapp sangat..banyak pulak pilihan makanan..Rosak taw diet Qila malam tu..tangan pun tak berenti suap n mulut tak berenti mengunyah..yang penting sangat puas hati dengan makanan dengan bayaran sebanyak tu..
Antara makanan pada malam tu termasuklah kambing black pepper, salad buah, abc, dessert yang sangat sedap sampai guling-2 atas carpet merah time makan..ade bihun goreng, dan macam-2 lagi yang semuanya sedap..dah bape kali sedap daa -_-

Dah makan segala mak nenek makanan nak bangun dari kerusi pun tak larat.. Terus boyot perut malam tu.. (haha nampak sangat nipu makan sampai boyot)..

Dah puas hati suap makanan, mulalah sesi bergambar..yang paling syok Eka suruh Qila pegang phone dia, then apa lagi Qila dengan Arinah bergambaq sakan la guna phone dia..Moral of the story, len kali Eka jangan bagi Qila pegang phone lagi taw..haha

ok malas nak taip panjang-2, nak suruh korang tengok gambaq ja..

Haii saye mak Jemahh yang kiut.. :p

Acah acah princess sangat..

Tiga dara pingitan..ihikk

Nie la anak kesayangan Qila ..
Allah suwitnya kita..my bbf Arinah.. <3
Tenggelam tau muka Qila yang tak berapa kiut tu kalau bergambaq dengan depa nie..
Nie Syamrie membe Qila time Form-6..
Mak jemah dah rabun dah nak oii.. :p
Bakal-2 guru speEd..In Shaa Allah
Allah ! semua cantikk..nak dinner hari-2 lah camni..haha
Orang bagi makan free pun penat nak makan diorang nie..ehh bukan free, b'bayar..
Ehh mak jemah nie nak bersuwit-2 pulak,cubit kang..

Nie lah serba sedikit berkenaan Annual Grand Dinner.. Harap korang tak muntah tengok gambaq-2 di atas..haha

Thanks kepada yang sudi baca dan jenguk belog Qila..Qila ingat Qila sorang ja yang dok kodek-2 belog sendiri..haha thnks taw.. <3

Thanks sudi baca.. :D

Sunday, 17 May 2015

Final Projek PGT203

Assalamualaikum... :)


Hai uollss...

Hari nie Qila nk story cikit pasal Final Projek Qila dalam kursus wajib PGT203 yang berlangsung semalam..
Sebelum kepala Qila berkarat  lupa pasal benda nie, baik Qila post siap-2.. maklum lerr blog masih panas lagi kan..ahakkss

Sebelum Qila mengarut, baiklah hampa semua tengok dulu seketoi gmbaq nie...


my group !

Ok semua dah tengok kan gambaq kt ataihh tuhh..meh ceq nak cerita ckit berkenaan final projek nie..
Kursus PGT203 iaitu Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal untuk Guru ini mewajibkan kami semua bakal guru untuk membuat pementasan teater dan melaksanakan projek dana..
Jadi, Qila memilih untuk masuk dalam group teater, acah-2 pandai belakon la kononnye kenn..
Setelah beberapa minggu kami bertutorial bersama ahli kumpulan , Qila memilih untuk menulis skrip..

DENDAM !!

Amboihh kau mak jemah, tajuk gangster kau yerr..hahah ok tak lawakk..
Setelah berpenat lelah sampai kena singsing lengan baju sebab peluh tulis skrip (tipuu jer) akhirnya 2hari 2malam skrip tersebut pun siap.. Well Done !
Lepas siap skrip tuhh Qila sent attachment dekat pengarah untuk edit sikit skrip yang Qila buat tu, kot-2 ada yang terover acting pulak nanti kenn..
Lepas pengarah dah edit, bermulalah episod untuk melakonkan watak..

Setiap Selasa kami adakan tutorial pukul 6-7..pada masa tu pengarah akan melatih para pelakon untuk melakonkan watak yang ada dalam skrip tu..skali aku pulak tu kena test..errr -_-
Lepas dah test watak, pengarah pun bersetuju untuk memilih 4 orang pelakon yang berbakat tu..
Seperti biasa Qila tak terpilih untuk membawa watak.. (balik bilik nangis belakang almari) sadiss :'(

Lepas beberapa minggu kami berlatih siang malam sampai tido dekat padang kawad (tipuu lagi), hari untuk mementaskan teater pun tiba iaitu semalam pada tarikh 18/5/2015..
Pagi-2 lagi dah diuji oleh Allah..
Turun je jejantas, hujan turun lebat sangat, nasib bawak payung..so Qila jalan la dalam hujan lebat tu.
Sneaker Qila tak payah cakap la macam sampan dah..
Seluar slack pun basah..
Sampai ja tempat untuk pementasan teater tu, dah terketar-2 dah sebab sejukk..pastu ilekk je bukak stokin perah then sidai kat meja pendaftaran..(kesah pulak aku kan nk sidai mana) hahaha..

Group Qila bulan Oktober dapat giliran yang terakhir untuk pentaskan teater tu..
So kami tengok dulu group lain..
Hebak sangat bakal-2 guru nie rupanya.. yang menyanyi pun ada kauu (sedap pulak tu suara) :)
Dekat pukul 9 lebih camtu, ada akak senior group Qila nie ajak Qila teman dia g hantar moto membe dia dekat Desa Restu..
So Qila pinjam moto ketua teater and akak tu bawak moto membe dia..
Masa otw nak g Restu tak payah cakap la sejuk sampai terketar gigi..dah la first time bawak moto naik jejantas, bongok pulak tuhh g jenguk tengok kt bawah..pastu mula takut..haha grrr

Ishh merapu laa pulak..ok, lepas giliran kami dah tiba, kami pun ready laa prop semua untuk set up pentas..All is well, pelakon pun dapat ingat skrip dengan baik..
Lepas babak ke 3 atau ke 4 Qila bergegas naik pentas untuk tukar prop, then nak turun tangga..
tiba-2 pulak kaki terpeleot sebab gelap sangat tak nampak apa-2..
Rasa mcm nk nangis tapi tahan ja sebab ramai orang kan..

Alhamdulillah kami dapat buat dengan baik sampai babak yang terakhir..dan kami menang kategori pelakon wanita terbaik..walaupun 1 kategoro kategori ja menang, kami bersyukur sangat..
sekarang nie dah boleh tarik nafas legaa sebab semua dah habiss..hiphiphorayy..

Lepas nie fokus Final Exam pulak..target mesti tinggi sem nie..tak nak dah target tepat-2 sebab memang akan dapat banyak tu..

Apa-2 pun thnks a lot team Octoberians..the great teamwork..love uollss

Qila lanjer gambaq cikit yerr..
sori entry kali nie Qila buat karangan pulak..hihi 


Gadis-2 Octoberians..


Alhamdulillah selesai..


Thanks korg bagi kerjasama yang baik.. (Y)

Jumpa lagi untuk entry yang akan datang..
Thanks sudi baca.. <3

Intro dulu sepam dua.. kih !

Assalamualaikum...

waahh bru cipta blog sendiri..orang lain dh berzaman dh dk buat blog, kite bru nk start..hak2..malu lah kite.. (gedik pulak)
Hmm perkenalkan diri dulu lah yer..nama aku NUR AQILAH BINTI MOHD LUKMAN boleh pnggl qila..umur muda lagi taw bru 21..suwitt 21 gituu..qila sebenarnya student Universiti Sains Malaysia course Special Education..In Shaa Allah one day will be a teacher..
Qila anak ke-2 daripada 4 adik beradik..Ayah qila sorg cikgu, mak sorg suri rumah..Tapi suri rumah yang berjaya tw, sbb smbil-2 dia jga rumah tangga, mak qila berbisnes..waa class tw mak aq..
Akak yg sulong pulak student Universiti Pendidikan Sultan Idris, dan bkal bergraduate bln november ini, In Shaa Allah..Adik laki qila bru form 4 tapi makk aiii tinggi macam pokok nyiuq..prangai tak pyah cerita laa..betuahh Ya Rabbi..Adik paling kecik pulak baru darjah 1 tapi mulut kalah mak jemah...haha
Ape lagi ea nk cerita..Hmm ??

Cerita cikit laa berkenaa turun naik dalam hidup..Qila sebenarnya bukanlah orang yang pandai dan rajin..Dari sekolah rendah tak pernah pun dapat straight A's even sekolah menengah pun..
Blaja pun main-2 ja..X pernah serius..Tapi Alhamdulillah rezeki menyebelahi qila waktu STPM qila dapat pointer yg baik la jgkk..rezeki sbb waktu Form 6 selalu buat solat dhuha rasanya..Allah itu Maha Pemberi..

Nanti qilah update entry lain ok,,hari nie baru nk start release blog..Tak da idea lg..

Babaii..<3
Nie la empunya nama..